20120507

Minat vs Bakat Terpendam

Pernah tak sesaja tiba-tiba datang perasaan nak buat sesuatu yang kadang-kadang tu rasa possible to do sumting impossible? dalam hati dok rasa diri mesti boleh buat punyaa..boleh achieve kalau nak..(sebab dalam hati berkata, "nak seribu daya taknak seribu dalih"..) tapi bila teringat masa yang sedia tak menang nak curik, terus rasa down tapi teringin gila nak buat..then bila semangat tu datang lagi..membuak-buak nak buat..then bila hal rutin menghalang, terus terlupa pada impian tadi...ada tak??

yes, we are sooooo alikeeee~

bukan lah ini bermaksud kita ni hangat-hangat tahi ayam kan..(cewah~ nak sejukkan ati sendiri konon)..cuma masa sangat jeles ngan kehidupan kita..(alasan..alasan..) ataupun kita ni memang tak pandai urus masa dengan sebetulnya...kihkihkih..*renung-renungkanlah sama-sama ye..;)*

bercakap tentang "dream" (impian ye tuan-tuan puan-puan.. bukan mimpi..tu ubat tiduq syahdu ja..:p) kalau tengok balik sejarah hidup mas (eceh! macam la sumbody nak soh ampa tgk kan..) mas ni suka sumting new..suka challenge diri sendiri..i always have this though in my head..

"kalau orang lain boleh, aku pun boleh"
"manusia diciptakan Tuhan sama rata, hanya usaha dan keyakinan yang membezakan kita"
"bagi peluang kepada diri sendiri untuk berseronok!jangan terlalu merendahkan diri"

mas dari background artistry..so called that my mom was an architecture, my dad an engineer (ok lah, penerangan fakta dunia sket yang boleh meyakinkan korang)..n minat pada seni tersemat dalam jiwa sejak lahir lagik..tak caya pi tanya parent mas apa mas buat kecik2 dlu..haaaa....terbukti pulak dengan setiap sijil n award yang dok ada dalam koleksi..lagi2 bila direkomen oleh pengetua sekolah untuk sambung belajar art sebab dia nampak how minat i am to seni..so bila memang berdarah seni nie..memang tak tenteram sikit hidup..asyik dok berangan ja 24jam...nak buat itu lah..ini lah..tapi buatnya sikit ja dari berangan..aip..sat..jangan jump to conclusion lagik! ada sebab...sebabnya kekangan masa (alasan lapuk!) dan faktor duit..haish..dunia duit nie memang membantutkan..>_<"

tak over la kot kalau mas nak puji diri sikit sebab rasa diri nie kreatif..so bila kreatif nie, kemampuan diri nie jadi luar biasa sikit..dia akan rasa positif, rasa mampu-buat segala-galanya..selalu positif, sabar untuk capai matlamat..walaupun tak dapat lagi, tapi akan usaha sampai dapat..cepat atau lambat ja penentuan..haa..sapa yang ada feeling macam nie, ampa pun orang kreatif nie..tepuk bahu sendiri 2kali~ nak bagi contoh, mas dah pegang jawatan HR Exec., Special Officer, Designer, Art Director, now as Account..n umur baru 25 tahun kot....semua ni keja dengan orang..despite i was from Design School, tapi orang still hire me to work in these field..ok lah, yang jawatan design2 tu kira related jugak..tapi HR? Account? Special Officer? ni semua bukan sesapa tolong pun (kot satgi ada yang dok ingat ada orang dalam tolong pulak, bek potong cepat2..) ni semua kemampuan sendiri..n how i able to do this without basic knowledge of this field? jawapannya ialah KREATIF! kita kena yakin dengan kemampuan diri sendiri..kena cabar kemampuan diri..sebab semua ini adalah ILMU..n hasilnya PENGALAMAN..which eventually akan ajar kita macam-macam hal dari yang sekecil-kecil perkara kepada yang besar-besar masalah..so grab all the opportunity of lessons in life..it's fun! korang jangan negatif plak..pikir mas dok buang masa (eh, sendiri pun tau pikir  nie...) like i said, positif.. setiap benda yang berlaku nie,ada ganjaranNya... 

"Allah SWT tak membebankan hamba-hambaNya dengan perkara yang tak mampu ditanggung oleh mereka"
"Setiap ujian Allah, ada hikmahNya..Hanya masa menentukan ganjaranNya"
"Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Jadi redha dan bertawakal lah kepadaNya"

  • atas kepercayaan ini, hari ini mas ada macam-macam pengalaman..PRICELESS!
  • atas kepercayaan ini, hari ini mas bertambah sabar dan tabah plus lebih redha dengan setiap dugaan mendatang..PRICELESS!
  • atas kepercayaan ini, mas lebih percaya bahawa masa hidup mas sangat menarik! PRICELESS!
  • atas kepercayaan ini, mas lebih percaya masa depan mas akan lebih bahagia..insyaAllah..dan kepercayaan ini utuh dengan keyakinan Allah akan bersama mas all the way to the top..n this is to, too PRICELESS LADIES AND GENTELMENS!!
jadi nie smua adalah minat plus bakat yang dianugerahkan Allah kepada mas..plus kepercayaan pada diri sendiri dan keyakinan pada susun atur Allah untuk mas dalam kehidupan manusia beragam nie..so much blessing, right? ^^ (motivasikan diri sendiri~)

baiklah..

tadi dok cakap pasal minat + bakat yang dah terbuat..sekarang nak masuk chapter minat + bakat yang tak terbuat lagik..hoho..DREAM LIST CONTINUES!! ready?

semasa zaman pembesaran (err,apakah ayat nie.....?? translation = 'growing age') mak kami nie suka membahagikan tugas..termasuk mas, maka ada 3 anak dara kat rumah..disebabkan mas nie yg kreatip sket, dia tugaskan mas sebagai 'Majlis Perbandaran Rumah' (apakah nie pulak?? tunggguuu~)..yang second sebagai "Sous Chef" mak n yg third sebagai 'Mek Dobi' kami...mas nie dari kecik suka kelebek (loghat penang = belek /   tengok / usik) benda..n mas ni ada macam semput..tak tahan pada habuk sampai allergic, n tak suka tengok benda kotoq atau tak teratuq..so dats why dapat title Majlis Perbandaran Rumah..bab2 mengemas, susun atur rumah mak akan panggil mas..adik yang second plak, dia suka makan..jadik mak soh dia tolong mak masak..berkat didikan mak nie, hari ni dia memang kerja sebagai Sous Chef kat Hotel Singgahsana, PJ (promote sket~)..yang ketiga plak..tak aci la tak dapat keja kan..pastu dia nie suka tengok tv..ala, budak2..tv la hidup kan..jadi mak selalu suruh dia kutip kain, lipat kain..boleh la tengok tv sambil buat keja..bila dah besar sket, dia kena basuh kain n sidai kain..haha..maka ini semua berterusan sampai la kami belasan tahun..so hari ni semua ada kepakaran masing2..kira sempoi la jugak bila teringat..huhu..

tapi sebagai anak sulung, semua benda still under mas..bila parent mas keja, so mas kena incharge kat rumah.. nak tak nak, semua keja tadi jadi keja mas jugak walaupun ada bidang tugas masing2..so as at the age of 9.. mas actually telah mula masak untuk family..(believe or not? believe it!) n i am loving it! setiap kali masak, mas suka nak buat yang terbaik..tersedap..bukan apa, nak semua orang puas hati makan, n hepi bila tengok masakan licin~ so i grow up loving cooking..kadang2 tu suka mereka (translation = create) masakan..bak kata abah " resepi lempaq-lempaq"..huhu..tapi menjadi! eceh~ family suka..sampai ke tua nie pun, semua percaya masakan mas.. sampai mas terpikir nak bukak kedai makan sendiri..haha..tapi i dun think i can afford to do that..bukan tak mampu buat, tapi biarlah orang lain yang bukak kedai makan..kalau mas buat nanti, abeslah bisnes orang lain..haha..over! tapi bila pi makan kat kedai yang masakan dia tak sedap, mula la rasa nak bukak kedai makan sendiri! *sapa suh p makan luaq??*

so bila dah besaq nie, tambah pulak program tv ada macam-macam dah sekarang nie, macam AFC, martha stewart, rachel ray, top chef, master chef, apa2 yang berkaitan rancangan masakan (masakan bukan baking2 nie..tak suka sgt baking2..tapi tak tau la..kalau try boleh jatuh ati pulak, kan..:p) memang rasa teruja sangat..rasa nak ja jadi hebat memasak..sebab bila tengok diorang masak, dok rasa 'amboi, senang nya depa ni masak! macam lempaq2 ja..semua ikut instinct ja..' tambah2 bila tengok junior master chef..haish..menguji kesabaran betoi tengok budak2 tu..huhu..

n satu hari tu, mas tengok Julie & Julia (sapa yang tak tau, boleh pi search pasal movie nie..my fav meryl streep berlakon~) terus rasa inspired nak buat macam si Julie tu..at least, takdak la restoran dia bukak kan..hahaha...so mas tengah in the planning..tengah buat saving sikit..nak mulakan projek memasak as my new hobi + upgrade knowledge! (bagus nie sebab nanti dah kahwin, confirm suami lebih sayang! ahaks!) so motivating + genius! sapa la yang terpikir idea projek masak sebagai hobi nie ye...*mungkin dah ada yang terpikir idea nie, mas kot yg 'lembab'* huhu..

ok lah..berhenti kat sini dlu bab minat vs bakat terpendam..kang tak bekerja pulak haku nie..konklusi episod ni ialah....

i have a dream..
a dream i am dreaming..
to be a good cook..
to cook delicious food for my hungry kruk-kruk..

*kruk-kruk ni bunyi perut saya yg selalu lapor :p*

let the project begin! (^^)

to be cont....



Please..saya suka old interface..>_<"

heh! susahnya new interface nie..pening tgk dashboard jap...tak tau nak cari blog seniri kat mana...adeh..dah la lama tak hupdet blog..sekali ada muka baru pulak dia...homaiiigojes....*pening sat*

ok lah..nak memfamiliarkan diri ngan interface nie...hurmmmm...

20120420

1st Day Kelas Akaun

Uish, dah seminggu berlalu ye..cepat betol masa skrg nie..
sebenarnya nak update blog nie secepat mungkin, tapi sebab sibuk sangat kt opis nie..kat umah plak bebaru nie tenet umah kena potong plak..haish...so, takle nak update...so konklusinya kena curi-curi time keja untuk update...:p

baeklah...so macam yang disebutkan dalam last entry, mas akan attend account class + kursus keusahawanan.. account class dah start last sunday..supposed on saturday but becoz the college ada konvo on saturday so kena post to sunday...and it is as early 8.00am! until 1.00pm kat kolej komuniti bayan baru...imagine on sunday have to wake up and left house macam nak p keja...p keja pun tak seawal tu kot (sebab keja start at 9.00am..:p)... anyways, kelas tu sangat mabeles! walaupun cuma 7 orang je...ahaks! actually supposed to attend around 20 people tapi sebab on short notice of changing dates, so ramai yang tak boleh datang on sunday...ye la, sunday kan hari ber'malas-malasan' plus family time...



hari tu kira kitorang diperkenalkan kepada dunia perakaunan..macam simpan kira-kira, konsep perakaunan, kunci kira-kira dan adalah beberapa topik teori lagi..so sedikit sebanyak mas dah paham la rupa accounting nie.. boleh la nak tackle problem yang melanda keja mas kt opis nie..yang attend ritu from various background..ada yang baru nak setup business, ada yang dari koperasi, ada yang kerja engineer kilang yang nak berbisnes..ada yang saja2 datang nak try buat akaun (ada plak?)..tapi dari syarikat yang dah establish or dah running, takde plak wakil...kira yang datang mostly baru nak setup company or nak belajar buat akaun kot-kot nanti nak berbisnes...hmmm..yang wakil koperasi tu kira ok la jugak, tapi diorang pun macam baru je setup koperasi tu..so boleh dikatakan takde la yang dah lama dalam bisnes dalam kelas tu..tapi takpe, level of knowledge lebih kurang sama nie ngan mas..hehe..

semua yang attend tu semua nampak senior2...ada seorang je yg muda, masih belajar..kiranya mas second muda..teeheee~ XD taktau la next class group macam mana pulak yang ada..in the next class, kata cikgu dia akan ajar kitorang wat latihan akaun..dia minta kitorang bawak problem2 akaun yang ada kat ofis/umah untuk dikongsikan ngan semua orang applicable solution untuk nature business kita..so let say, mas dalam logistic (service), so i will be grouping with service group macam pengedar ayam or penjual baju..kalau yang buat production macam buat jual kuih ke, cake ke, proses ayam..diorang dalam manufacturing group..every different nature business have its own type of account..so agak seronok jugak..cikgu akan ajar format akaun yang sesuai and paperwork involve or documentation.. sangat excited untuk ini sebab practical class + solution yang dinanti-nantikan ada time nie! wohooo~!!

so esok kelas akaun..then monday - friday mas akan 'dikurung' kat hostel tabung haji bayan lepas untuk kursus keusahawanan..ok la, nanti mas update len pasal nie...

UWMA PEPS!

20120413

So what's up Chemas?

So what's up Chemas (sebutan Chemas macam Cik Mas)??

Haaa....bagi menjawab kepada soalan sendiri tuuu...meh nak berkongsi ngan korang.. sekarang nie tengah bertungkus lumus, berhempas pulas berpadu tenaga, berganding bahu dengan en tunang tersayang..err..jgn pikir bukan-bukan pulak~!...maksud mas, kami sekarang bekerja sekali under one roof...merangkap sebagai AKAUN syarikat, kira bekerja untuk dia la kan..then at the same time kami juga dalam proses setup company design which i am the designer..now dah ter'setup' pun...sekarang just mencari peluang business and marketing strategy yang effective je.. which come to this point...mas berharap dengan berkongsi cerita di blog nie, bolehla dapat idea dan pandangan, nasihat or peluang-peluang business...insyaAllah, rezeki Allah tu sentiasa ada di mana-mana asalkan cuba mencari peluang dan berusaha..right peps? :)

*so keep up the positive mind set mas~!* ---> monolog sendirian.......

balik kepada cerita asal...

so sesiapa yang kenal mas, will know that i am not from accounting background...so how did i got involved with this?? sebabnya bila dah pikir tentang masa depan, banyak pengorbanan akan terjadi dengan sukarelawatinya...kebetulan mas memang nak resign from my previous position at local design company ni.. i intend to setup my own business actually..then coincidence pulak my boyfrend (masa tu tak tunang lagi dengan boyfrend..hihihi) tengah buat scout-out for accounting personnel...disebabkan akaun dia tu nak resign dah sebab alasan yang dahnaksangatamekau, jadi memang agak tergesa-gesa la jugak nak pakai akaun..so muncullah diriku ini dalam organisasi ini...masa tu memang excited jugak..ye la, keja sekali ngan boyfriend kan?? sapa tak hepi...hari2 ngadap dia..haha..pastu pulak nak wat keja baruu niee...i always rasa excited about new things..so dengan semangat berkobar-kobar dan motivasi yang tinggi nie, masuk la keja....tp itu la.. jangan anggap semua semudah petik jari..bila dah kena batang hidung sendiri, memang rasa nak bertukar jadi HULK je..dengan slow catchup nye.. tak paham, dengan unproper documentation and everything..so the work loads really stressed me out..tapi alhamdulillah..semua sangat bersabar dengan diriku yang blurr blurr nie..yang slow mellow nie...ye la korang...bayangkan i am from designing background...orang yang selalu berangan, yang abstrak lagi subjektif nie...tetiba ja kena jadi orang nombot2 nie...deal with facts and accurateness..whoaaa~!! memang takleblahlakannnn...

so sekarang nie dah bertukar jadi tunang boyfrend pun, dah nak masuk 4 bulan dah keja sini..huhu..dan company design idaman pun dah beroperasi cuma tunggu masuk loan untuk mesin2 je nie...banyak la benda yang mas belajar kat sini...tapi ilmu tu masih seciput siput...rasa untuk pergi menuntut ilmu akaun nie membuak-buak...tapi takle la gelojoh...one step at a time...

nak dijadikan cerita, company nak kena wat audit.. so lagi laaaaa serabut plus seriyau (penang loghat means nervous) otak mas nie...memula tu bila dengar perkataan auditor, dalam hati and kepala otak nie dok bayang auditor nie macam pegawai yang poyo strict tu..mcm hakim rambut gulung2 ngan spek mata atas hidung...tengok orang mcm nak telan sekali ngap je....tapi.... sampai sekarang pun tak bertembung pun ngan auditor tue...hak3...jadi sangkaan yang buruk2 tu semua macam..hurm...ntah btol ke ntah idak..:p so proses untuk menyiapkan documentation untuk audit pun berjalan...actually mas nie maybe terlebey risau kot, sebab keja tu dak jugak banyak pown....perasaan tu je yang wat rasa penat...*sigh*... mungkin jugak sebab macam takde hala tuju kot..sebab tak berapa paham akaun nie, kemudian just sambung je proses sebelum nie yang memang dah terabur, so memang jadi mcm lost...

but bebaru nie, Allah dah bukak jalan untuk mas..i see light!!  sila paham bahawa bukan sinaran lampu minyak tanah or neon...tergerak di hati untuk contact seorang sis nie...she use to teach me maths time skolah dlu...she is an awesome account person...i contacted her to ask about auditing our company account for last year, but turn out to be something new and great...she still be doing audit for us, but because i spilled to her that i wanted her advice regarding account coz of my zero accounting knowledge, she called me and asked me to join an accounting class yang dia ngajar kat local kolej here! how cool is that?! supportive kan kakak nie?? i love her~ (macam not big deal je kan? but i was really clueless and 'lonely' to look for outside help but when this happened, i was like glowing! seriously!) so i am going back to class u ols~! BACK TO SCHOOL! hahaha... teringat plak kat orang yang kata zaman belajar lagi syok wooo dari keja..huhu...my class will start this weekend..tapi kejap je pownnn...4 sesi je...:p then after that kalau nak sambung ke next level, can search for another class..but that will be another step to think...after this class, i got kursus usahawan pulak..one whole week pack siap tido2 sana  lagi..kena 'kuarantin' dalam tabung haji sepanjang sesi tu...haha...am excited to go! :p but i wont see the world for a while..and tunang...hurmmmm....nanti nak soh dia mai tapau makan antar la...leh jadikan alasan nak jumpa..:p

so itu lah dia jawapan kepada soklan yang sendiri tanya kat atas tu...rasa excited nie nak update event2 yang akan lalui lepas nieee....

UWMA PEPS!!


20120412

Entri 1st bebeh!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
ambooiii, panjang benor bagi salam yek...hehe...almaklumlah..dah lama menyepi dari dunia blogging nie.. semenjak umor masuk setengah abad nie..*uhuk3*..keinginan untuk 'meluahkan' a.k.a sharing tu menjadi lebih.....jelas wa clear la boleh dikatakan..apa boleh buat...permintaan hidup yang semakin meninggi nie menyebabkan permintaan bersosial pun semakin berkurang..fokus lebih kepada mencari RM yang sampai rini pun takde la banyak mana pownnn~ penat ke sana ke mari dok ghupa tu jugak...tapi yang penting..NEVER GIVE UP! haa..ini kena sentiasa ingat di hati, di akal, di setiap anggota badan...kalau nak buat sesuatu tu, kalau bertembung ngan halangan apa pun, jangan stop terus...memang akan rasa down, rasa macam nak buat benda lain, rasa nak lari dari masalah tu.. tapi percayalah..takkan ke mana..sebabnya? mas sendiri dah lalui semua tu.... ok lah, balik kepada point asal, bila dah jarang bersosial ngan manusia nie...mula la nak jadi gila sensorang..ye dak..huhu..so, mas menapak semula di dunia blog..

setelah bertahun tak terjun ke dunia blog, bila bukak semula nie...amboiii..bukan main ye korang semua...sakan tak cukup masa nak makan korang punya cerita...haaa...and bonding yang terbina atas ukhuwah 'blogger' nie...fuh~ mantop sungguuhhh...nie wat jeles nieee...*ketinggalan sangat ngan world nie..* huk3...

ok lah..i really hope u ols support la mas again~ huhuhu...sangat bermotivasi untuk menambahkan kenalan! caiyok! caiyok! adik kakak abang..jemput2 support saya yek~ ^^

20120410

lalalalala

how do i begin this episode?

will update very soon..still finding the right mood for the layout..:p